Monday, 11 November 2013

APA ITU GAMAT?

GAMAT



Sejak beberapa ratus tahun dahulu, masyarakat Melayu telah menggunakan gamat sebagai ubat serbaguna dan makanan kesihatan untuk mencegah penyakit dan juga mengekalkan kesihatan. Menurut lagenda Langkawi, Puteri Mahsuri menggunakan gamat untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Buku Perubatan Cina yang terkenal juga mencatatkan kehebatan dan keberkesanan gamat yang diumpamakan sebagai "ginseng" dari laut.

Jumlah spesies (jenis) timun laut dianggarkan 1,100 di seluruh dunia. Di Perairan Malaysia pula terdapat lebih daripada 43 jenis timun laut di pantai-pantai seperti Langkawi, Pangkor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Warna timun laut adalah berbagai-bagai, biasanya bercampur-campur, kelabu, hitam, perang, putih tompok hitam dan sebagainya. Malah spesies yang paling tinggi nilau perubatan, berkhasiat dan berkualiti tinggi ialah gamat yang berwarna kuning keemasan iaitu gamat emas (mana saintifiknya ialah Stichopus hermanii).

Pelbagai kajian telah dikendalikan di Amerika Syarikat, Australia, jepun dan Korea untuk mengenalpastikan nilai perubatan dan keajaiban gamat. Ia mambantu orang mengatasi masalah berikut:
  • Tekanan Darah
  • Asma
  • Reumatisme
  • Luka-Luka
  • Kencing Manis dan lain-lain lagi.


Saintis tempatan juga menjalani pelbagai kajian mengenai gamat yang misteri ini seperti 2 institut yang berikut:

1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keberkesanan gamat (Stichopus hermanmii) terhadap masalah penyakit/ keadaan berikut:
  • Mengecutkan rahim
  • Kardiovaskular (saluran darah)
  • Menormalisasikan tekanan darah kepada tahap yang normal
  • Penyembuhan luka
  • Antibakteria

2) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Profesor Dr Ridzwan Hashim (Bapa Gamat Malaysia)
  • profesor Sains Bio Perubatan dan Timbalan Pengarah Kampus, UAIM Kuantan.
  • Minat beliau dalam gamat bermula sejak tahun 1983 semasa berkhidmatan di kampus cawangan UKM, Sabah. Hasil penyelidikan beliau telah diterbitkan dalam karya-karya berikut:
  • Sumber Makanan Laut Sabah (1993) diterbitkan oleh Dewan bahasa dan Pustaka - terbitan pertama dalam bidang ini di Malaysia.
    1. Gamat (2004) diterbitkan oleh Luxor Network Sdn Bhd. Dalam buku ini, beliau menyatakan bahawa spesies gamat emas adalah amat selamat dimakan dan mempunyai nilai terapeutik dan khasiat yang tertinggi.
    2. Sea Cucumbers : A Malaysian Heritage (2007), diterbitkan oleh UIAM.

Beliau dan kumpulan penyelidikannya telah menjalani pelbagai kajian tentang keberkesanan gamat (Stichopus Hermanii) terhadap masalah penyakit/ keadaan berikut:

  • Kesan analgestik (penahan sakit)
  • Artritis aruhan
  • Saluran Koronari (saluran darah)
  • Menghalang respon kekejangan perut
  • Leukosit (sel darah putih)
  • Gastrik
  • Antikanser
  • Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Keradangan
  • Antifungus
  • Luka
  • Antibakteria
  • Asma
  • Antioksidan

Prof. Dr. Ridawan Hashim adalah Ketua Panel Saintis, LUXOR NETWORK SDN BHD. Beliau mengiktiraf GOLD Standard dan kualiti produk gamat emas Luxor.










No comments:

Post a Comment